Thursday, April 14, 2011

Fesyen Bagi Wanita Islam Menurut Syarak

Dalam dunia arus moden ini, ramai wanita islam yang terikut-ikut dengan fesyen atau gaya pemakaian dari negara barat, walhal islam tidak menetapkan fesyen tertentu dalam berpakaian, di sini ada sedikit perkongsian supaya menjadi garis panduan bagi wanita islam dalam berpakaian: 

  • Pakaian itu hendaklah menutup aurat. - tutup jela, bukan susahkan..?-


  • Pakaian itu hendaklah longgar,tidak sempit atau ketat hingga menampakkan bentuk susuk tubuh badan. - selesa ke kalau sempit-sempit ni..?-


  • Pakaian itu diperbuat dari kain yang agak tebal, tidak nipis dan tidak jarang tidak licin dan lembut hingga melekat ditubuh dan    membayang warna kulit pemakainya. (Boleh menimbulkan rasa ghairah orang yang memandang) - tak yah la nipis or lembut sangat kain tu, kalau terkoyak..? diri sendiri gak malu.. -


  • Potongan pakaian itu tidak membentuk susuk tubuh (lengan, dada, pinggang, punggung, peha dan lain-lain) yang menarik orang untuk memandang dan melihat berulang-ulang. (Tudung labuh menutup dada dan bentuk. Baju labuh menutup punggung dan bentuknya) - rugilah bentuk badan tu selalu bagi orang lain nampak, lama-lama boleh buat orang meluat, selain menambahkan dosa pada diri sendiri n si pelihat tu, ermm..-


  • Pakaian itu tidak menyerupai lelaki seperti baju t-shirt, seluar jeans dan lain-lain yang dianggap menyerupai lelaki. - dok seh la sampai jantan sangat, silap-silap perangai pun boleh jadi cam lelaki kalau selalu berpakaian seperti lelaki, lebih-lebih lagi di khalayak ramai..-

 Abu Hurairah R.A meriwayatkan maksudnya : Rasulullah S.A.W melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian lelaki

  • Pakaian itu bukan melambangkan kemegahan dan bukan untuk berhias-hias atau ditambah haruman yang semerbak. - jangan wangi sangat sampai menarik perhatian orang lain (suami tak apa) n jangan la pula hingga ber'aroma' yang tak menyenangkan..-

 Abu Hurairah R.A meriwayatkan maksudnya : Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya,maka dikira berzina.

  • Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang kafir atau musryik. - pakaian juga dikatakan lambang peribadi seseorang..-


MENGAPA WAJIB MENJAGA AURAT..??

Selain diwajibkan dalam syarak, ia juga menunjukkan harga diri sebenar dan menyelamatkan dirinya dari gangguan kaum lelaki yang tidak bermoral.
Wanita yang berpegang teguh dengan ajaran islam mendapat keredhaan Allah. Kaum lelaki akan memandang dengan rasa hormat dan member penghormatan yang tinggi sesuai dengan sifat wanita yang PEMALU DAN BERSOPAN SANTUN….


p/s: "sesuatu yg terjaga or tertutup rapi adalah di anggap bende yg berharga", seperti gula, kebiasaannya ia akan di kerumuni semut apabila kita simpan di sesuatu bekas (tak kira la penutup tu ketat or longgar), tapi jika gula tu terbiar di atas sesuatu bekas yg tiada penutup seperti talam, tak nak pula dia kerumun ramai-ramai kan, mungkin depa anggap dah tak de nilai kot..

Huzaifah Elfaruqi 14 Apr 2011

Thursday, March 24, 2011

Tanggungungjawab Bagi Manusia Yang Mempunyai Kawan

Sebagai manusia yang hidup di muka bumi Allah ini, sunyilah hidup kita jika melalui kehidupan ini tanpa kawan, jadi untuk berkawan dengan manusia lain, haruslah seorang kawan itu dan diri kita sendiri ini mempunyai tanggungjawab serta adabnya sendiri. Oleh itu saya ingin berkongsi beberapa tanggungjawab sebagai seorang kawan, moga kita dapat amalkan bersama :



1.) Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat seperti tunang, isteri, suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik belaka.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikirkan kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan suka busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendirian. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat hubungannya dengan insan lain.

10. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok kita mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita seperti kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran”.


Telah bersyair oleh Abu Al-Fathi Al-Busti dalam Qasidah 'Unwanul Hikam nya..

صُنْ حُرَّ وَجْهِكَ لا تَهْتِكْ غِلَالَتَهُ - فَكُلُّ حُرٍّ لِحُرِّ الوَجْهِ صَوَّانُ


"Peliharalah maruah kamu, janganlah kamu menjatuhkan maruahnya (manusia lain)"
"Maka tiap-tiap orang yang bermaruah, dia juga memelihara maruah manusia lain"


p/s: ermm... diri sendiri masih lemah untuk melaksanakan tanggungjawab ni..


Huzaifah Elfaruqi 24 Mac 2011

Tuesday, March 22, 2011

Panduan Menjadi Muslim Yang Paling Bahagia

Assalamu'alaikum...
Sedikit perkongsian untuk kita menjadi manusia yang bahagia di muka bumi Allah ini..
  • Jadilah manusia paling bahagia dengan cara bersyukur, bersedih, bersabar, mendiamkan diri, berfikir, mengambil pengajaran, hidup dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT dan bersedia untuk mati dengan penuh ketenangan.

  • Jauhilah penipuan kerana menipu adalah punca segala kesedihan, kesedihan menyebabkan kemunduran yang memberi peluang kearah penderitaan dan segala permasalahan.

  • Ketahuilah orang yang mengumpat kamu adalah orang yang telah menghadiahkan kepada kamu khazanah kebaikan serta menghapuskan segala dosa kamu, dengan perbuatan mereka yang mengumpat kepada anda, anda akan bertambah kemasyhuran.

  • Jika kamu ditimpa kesusahan, ketahuilah ianya bagaikan awan yang berlalu di musim panas, yang pasti tidak kekal, yakinlah hujan rahmat akan tiba apabila awan tersebut berlalu.

  • Jika kamu ditimpa musibah, bergembiralah kerana selepas kesusahan kamu akan menemui kesenangan, sesungguhnya itulah saat yang paling bernilai dalam hidup kamu.

  • Jangan bermusuhan dengan manusia

  • Banyakkan untuk berdoa….((اللهم طهر قلوبنا من النفاق وأعمالنا من الرياء )) Ya Allah, sucikanlah hati kami dari sifat munafiq dan sucikanlah amalan kami dari riya’ atau menunjuk-nunjuk..


Huzaifah Elfaruqi 22 Mac 2011

Thursday, March 3, 2011

TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI

  1. Mengadakan kenduri perkahwinan.
  2. Melayani isteri dengan baik dan belas kasihan serta bersabar menghadapi karenah mereka.
  3. Bergurau senda dan memahami kehendak isteri.
  4. Tidak terlalu memandang kekurangan isteri.
  5. Tidak berlabihan akur dan mengikut kehendak isteri sehingga merosakkannya.
  6. Berpada-pada dalam cemburu dan tidak buruk sangka berlebihan.
  7. Memberi nafkah secukupnya serta bersederhana dalam perbelanjaan, tidak kedekut atau terlalau boros.
  8. Mendalami ilmu agama serta mengajarkan isteri hukum hakam syara'.
  9. Berlaku adil antara isteri dan tidak cenderung kepada sebahagian melebihi yang lain.
  10. Membimbing isteri yang melakukan maksiat atau derhaka.
  11. Mengetahui adab-adab hubungan seksual suami isteri.
  12. Membantu dan berbincang dengan isteri dalam urusan rumah tangga.

#Dipetik dari buku Pasport Muslim. (dapatkannya sebelum kehabisan stok)


Huzaifah Elfaruqi 03 Mac 2011


Wednesday, February 23, 2011

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBUBAPA







1. Mentaati mereka pada semua perkara, kecuali maksiat kepada Allah.

2. Bercakap penuh beradab dan bersopan.

3. Berdiri menyambut kedatangan mereka.

4. Mencium tangan mereka pada waktu pagi dan petang serta pada hari-hari keraian.

5. Memelihara maruah, kehormatan dan harta mereka.

6. Memulia dan memenuhi permintaan mereka.

7. Bebincang dengan mereka dalam semua perkara.

8. Memperbanyakkan doa dan istighfar untuk mereka.

9. Membantu dan mempermudahkan pekerjaan mereka tanpa perlu dipinta.

10. Tidak meninggikan suara dihadapan mereka.

11. Tidak memotong percakapan mereka.

12. Tidak keluar dari rumah tanpa minta izin.

13. Tidak mengganggu mereka tidur atau ketika berehat.

14. Tidak melebihkan isteri dan anak-anak daripada mereka.

15. Tidak mengutuk mereka jika mereka melakukan perkara yang tidak disukai.

16. Tidak ketawa dihapan mereka tanpa sebab.

17. Tidak mula makan sebelum mereka.

18. Tidak berbaring dan tidur ketika mereka sedang duduk kecuali dengan izin.

19. Tidak duduk melunjurkan kaki di hadapan mereka.

20. Menyahut panggilan mereka dengan segera.

21. Memuliakan kenalan mereka ketika hidup dan selepas mereka meninggal

dunia.

22. Tidak bersahabat dengan orang yang derhaka pada ibubapa.

23. Mendoakan mereka lebih-lebih lagi selepas mereka meninggal dunia dengan

sentiasa mengucapkan “Tuhanku

kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihaniku

sewaktu kecilku”

Firman Allah S.W.T:

Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya jangan kamu menyembah melainkan kepadaNYA dan hendaklah berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang atau kedua-duanya sampai umur tua dalam peliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan `ah’ kepada keduanya, jangan membentak mereka dan ucapkanlah kata-kata yang mulia. Rendahkanlah dirimu terhadap mereka dengan penuh kasih sayang dan ucaplah: Tuhanku kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecil ! (Surah Al-Israa’ ayat 23-24)

#Dipetik dari buku Pasport Muslim. (dapatkannya sebelum kehabisan stok)

Huzaifah Elfaruqi 24 Feb 2011

Wednesday, February 16, 2011

“MARAH”





Rupa
ketika marah lebih buruk daripada perlakuan haiwan IMAM Syafie ada menegaskan:

“Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti’azah kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Jangan Kamu Marah! Hadith :

Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain.

Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.

Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai….. .. “

Wallahua'lam..

Huzaifah Elfaruqi 16 Feb 2011

Monday, February 14, 2011

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubung kait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT".

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


*ermm.. teringat pulak syair arab ni

واَرعِ سمعَك وبصرَك ولسانَك, كما يُفصَّل ياقوت ومرجان
peliharalah pendengaranmu, pandanganmu, lidahmu, seperti permata dan mutiara yang di jaga rapi dari terkena kotoran...

Huzaifah Elfaruqi 15 Feb 2011



Friday, March 27, 2009

PENGERTIAN HIDUPKU...

PENGERTIAN HIDUPKU...

“Layang-layang tidak akan naik dengan mengikut arus angin, tetepi layang-layang hanya akan naik dengan melawan arus angin”. Begitulah dengan kehidupanku ini, jika aku membiarkan diriku terpengaruh dengan cabaran dan masaalah, ia akan jatuh seperti jatuhnya layang-layang yang mengikut arus angin. Untuk berjaya, aku mesti melawan cabaran dan masaalah itu seperti layang-layang yang melawan arus angin itu.

Hidup ini adalah perjuangan. Hidup ini ibarat doa. Tetapi hanya yang berani dan yakin sahaja akan dapat hidup berjaya, kerana hidup ini ada turun naiknya, maka orang yang berani dan yakin sahaja dapat menghadapi cabaran yang muncul. Seperti kapal di lautan, sama ada kapal itu besar itu besar atau kecil. Untuk menggerakkan ianya ke hadapan, kapal itu terpaksa mengadapi keadaan turun dan naik, kerana dilambung oleh ombak dan gelombang di lautan yang luas itu, mahu atau tidak terpaksa diharungi juga.

Kehidupan ini juga ibarat piston kereta. Hanya yang berani dan yakin untuk turun dan naik sahaja yang akan berjaya bergerak ke hadapan. Kereta digerakkan ke hadapan berdasarkan kepada pergerakan mekanikal yang ke atas dan ke bawah – yang turun dan yang naik. Begitulah dengan aku, jika aku berani dan yakin menghadapi gelombang dan cabaran, maka aku akan terus maju ke hadapan. Jika aku berani dan yakin menghadapi gelombang kehidupan, maka inilah yang menggerakkan aku untuk terus maju, maju dan maju lebih jauh ke hadapan.

Sesungguhnya, UNTUK BERJAYA AKU MESTI BERANI DAN YAKIN SERTA BETAWAKKAL KEPADA ILAHI...

‘’HAI ANAKKU, SESUNGGUHNYA DUNIA INI LAUTAN YANG DALAM DAN RAMAI MANUSIA TELAH KARAM DI DALAMNYA, OLEH SEBAB ITU, JADIKANLAH KAPALMU DI DUNIA INI BERBAKTI KEPADA ALLAH, MUATANNYA IMAN DAN LAYARNYA TAWAKKAL KEPADA ALLAH. MUDAH-MUDAHAN ENGKAU SELAMAT‘’

(LUQMANUL HAKIM)

Huzaifah Elfaruqi 29 March 2009