Friday, March 27, 2009

PENGERTIAN HIDUPKU...

PENGERTIAN HIDUPKU...

Layang-layang tidak akan naik dengan mengikut arus angin, tetepi layang-layang hanya akan naik dengan melawan arus angin”. Begitulah dengan kehidupanku ini, jika aku membiarkan diriku terpengaruh dengan cabaran dan masaalah, ia akan jatuh seperti jatuhnya layang-layang yang mengikut arus angin. Untuk berjaya, aku mesti melawan cabaran dan masaalah itu seperti layang-layang yang melawan arus angin itu.

Hidup ini adalah perjuangan. Hidup ini ibarat doa. Tetapi hanya yang berani dan yakin sahaja akan dapat hidup berjaya, kerana hidup ini ada turun naiknya, maka orang yang berani dan yakin sahaja dapat menghadapi cabaran yang muncul. Seperti kapal di lautan, sama ada kapal itu besar itu besar atau kecil. Untuk menggerakkan ianya ke hadapan, kapal itu terpaksa mengadapi keadaan turun dan naik, kerana dilambung oleh ombak dan gelombang di lautan yang luas itu, mahu atau tidak terpaksa diharungi juga.

Kehidupan ini juga ibarat piston kereta. Hanya yang berani dan yakin untuk turun dan naik sahaja yang akan berjaya bergerak ke hadapan. Kereta digerakkan ke hadapan berdasarkan kepada pergerakan mekanikal yang ke atas dan ke bawah – yang turun dan yang naik. Begitulah dengan aku, jika aku berani dan yakin menghadapi gelombang dan cabaran, maka aku akan terus maju ke hadapan. Jika aku berani dan yakin menghadapi gelombang kehidupan, maka inilah yang menggerakkan aku untuk terus maju, maju dan maju lebih jauh ke hadapan.

Sesungguhnya, UNTUK BERJAYA AKU MESTI BERANI DAN YAKIN SERTA BETAWAKKAL KEPADA ILAHI...

‘’HAI ANAKKU, SESUNGGUHNYA DUNIA INI LAUTAN YANG DALAM DAN RAMAI MANUSIA TELAH KARAM DI DALAMNYA, OLEH SEBAB ITU, JADIKANLAH KAPALMU DI DUNIA INI BERBAKTI KEPADA ALLAH, MUATANNYA IMAN DAN LAYARNYA TAWAKKAL KEPADA ALLAH. MUDAH-MUDAHAN ENGKAU SELAMAT‘’

(LUQMANUL HAKIM)

Huzaifah Elfaruqi 29 March 2009