Thursday, March 24, 2011

Tanggungungjawab Bagi Manusia Yang Mempunyai Kawan

Sebagai manusia yang hidup di muka bumi Allah ini, sunyilah hidup kita jika melalui kehidupan ini tanpa kawan, jadi untuk berkawan dengan manusia lain, haruslah seorang kawan itu dan diri kita sendiri ini mempunyai tanggungjawab serta adabnya sendiri. Oleh itu saya ingin berkongsi beberapa tanggungjawab sebagai seorang kawan, moga kita dapat amalkan bersama :



1.) Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat seperti tunang, isteri, suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik belaka.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikirkan kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan suka busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendirian. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat hubungannya dengan insan lain.

10. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok kita mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita seperti kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran”.


Telah bersyair oleh Abu Al-Fathi Al-Busti dalam Qasidah 'Unwanul Hikam nya..

صُنْ حُرَّ وَجْهِكَ لا تَهْتِكْ غِلَالَتَهُ - فَكُلُّ حُرٍّ لِحُرِّ الوَجْهِ صَوَّانُ


"Peliharalah maruah kamu, janganlah kamu menjatuhkan maruahnya (manusia lain)"
"Maka tiap-tiap orang yang bermaruah, dia juga memelihara maruah manusia lain"


p/s: ermm... diri sendiri masih lemah untuk melaksanakan tanggungjawab ni..


Huzaifah Elfaruqi 24 Mac 2011

Tuesday, March 22, 2011

Panduan Menjadi Muslim Yang Paling Bahagia

Assalamu'alaikum...
Sedikit perkongsian untuk kita menjadi manusia yang bahagia di muka bumi Allah ini..
  • Jadilah manusia paling bahagia dengan cara bersyukur, bersedih, bersabar, mendiamkan diri, berfikir, mengambil pengajaran, hidup dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT dan bersedia untuk mati dengan penuh ketenangan.

  • Jauhilah penipuan kerana menipu adalah punca segala kesedihan, kesedihan menyebabkan kemunduran yang memberi peluang kearah penderitaan dan segala permasalahan.

  • Ketahuilah orang yang mengumpat kamu adalah orang yang telah menghadiahkan kepada kamu khazanah kebaikan serta menghapuskan segala dosa kamu, dengan perbuatan mereka yang mengumpat kepada anda, anda akan bertambah kemasyhuran.

  • Jika kamu ditimpa kesusahan, ketahuilah ianya bagaikan awan yang berlalu di musim panas, yang pasti tidak kekal, yakinlah hujan rahmat akan tiba apabila awan tersebut berlalu.

  • Jika kamu ditimpa musibah, bergembiralah kerana selepas kesusahan kamu akan menemui kesenangan, sesungguhnya itulah saat yang paling bernilai dalam hidup kamu.

  • Jangan bermusuhan dengan manusia

  • Banyakkan untuk berdoa….((اللهم طهر قلوبنا من النفاق وأعمالنا من الرياء )) Ya Allah, sucikanlah hati kami dari sifat munafiq dan sucikanlah amalan kami dari riya’ atau menunjuk-nunjuk..


Huzaifah Elfaruqi 22 Mac 2011

Thursday, March 3, 2011

TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI

  1. Mengadakan kenduri perkahwinan.
  2. Melayani isteri dengan baik dan belas kasihan serta bersabar menghadapi karenah mereka.
  3. Bergurau senda dan memahami kehendak isteri.
  4. Tidak terlalu memandang kekurangan isteri.
  5. Tidak berlabihan akur dan mengikut kehendak isteri sehingga merosakkannya.
  6. Berpada-pada dalam cemburu dan tidak buruk sangka berlebihan.
  7. Memberi nafkah secukupnya serta bersederhana dalam perbelanjaan, tidak kedekut atau terlalau boros.
  8. Mendalami ilmu agama serta mengajarkan isteri hukum hakam syara'.
  9. Berlaku adil antara isteri dan tidak cenderung kepada sebahagian melebihi yang lain.
  10. Membimbing isteri yang melakukan maksiat atau derhaka.
  11. Mengetahui adab-adab hubungan seksual suami isteri.
  12. Membantu dan berbincang dengan isteri dalam urusan rumah tangga.

#Dipetik dari buku Pasport Muslim. (dapatkannya sebelum kehabisan stok)


Huzaifah Elfaruqi 03 Mac 2011