Sunday, April 17, 2011

Aku Hampir Dirogol

Aku Hampir Dirogol
-Tajuk cam best, meh bace dulu-
(Sebuah perkongsian dari Seorang wanita muslimah dari Malaysia yang bekerja di US )

Buat Renungan ....
Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.





Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI: Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya.

Bayangkan jika kita seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah kita mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini..

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.] -



Firman Allah S.W.T pula..


وقال ربكم ادعوني أستجب لكم 
"mohonlah kepadaku, nescaya aku perkenankan"

by the way sekiranya doa tu nak di makbulkan, jagalah adab-adab ketika mahu memohon doa..


"Ingatlah, sesunggunhnya doa itu senjata bagi orang-orang mikmin..!!"


p/s: rase cam nak post adab-adab berdoa pualk, insya'allah jika diizinkanNYA..


Huzaifah Elfaruqi 17 Apr 2011

Thursday, April 14, 2011

Fesyen Bagi Wanita Islam Menurut Syarak

Dalam dunia arus moden ini, ramai wanita islam yang terikut-ikut dengan fesyen atau gaya pemakaian dari negara barat, walhal islam tidak menetapkan fesyen tertentu dalam berpakaian, di sini ada sedikit perkongsian supaya menjadi garis panduan bagi wanita islam dalam berpakaian: 

  • Pakaian itu hendaklah menutup aurat. - tutup jela, bukan susahkan..?-


  • Pakaian itu hendaklah longgar,tidak sempit atau ketat hingga menampakkan bentuk susuk tubuh badan. - selesa ke kalau sempit-sempit ni..?-


  • Pakaian itu diperbuat dari kain yang agak tebal, tidak nipis dan tidak jarang tidak licin dan lembut hingga melekat ditubuh dan    membayang warna kulit pemakainya. (Boleh menimbulkan rasa ghairah orang yang memandang) - tak yah la nipis or lembut sangat kain tu, kalau terkoyak..? diri sendiri gak malu.. -


  • Potongan pakaian itu tidak membentuk susuk tubuh (lengan, dada, pinggang, punggung, peha dan lain-lain) yang menarik orang untuk memandang dan melihat berulang-ulang. (Tudung labuh menutup dada dan bentuk. Baju labuh menutup punggung dan bentuknya) - rugilah bentuk badan tu selalu bagi orang lain nampak, lama-lama boleh buat orang meluat, selain menambahkan dosa pada diri sendiri n si pelihat tu, ermm..-


  • Pakaian itu tidak menyerupai lelaki seperti baju t-shirt, seluar jeans dan lain-lain yang dianggap menyerupai lelaki. - dok seh la sampai jantan sangat, silap-silap perangai pun boleh jadi cam lelaki kalau selalu berpakaian seperti lelaki, lebih-lebih lagi di khalayak ramai..-

 Abu Hurairah R.A meriwayatkan maksudnya : Rasulullah S.A.W melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian lelaki

  • Pakaian itu bukan melambangkan kemegahan dan bukan untuk berhias-hias atau ditambah haruman yang semerbak. - jangan wangi sangat sampai menarik perhatian orang lain (suami tak apa) n jangan la pula hingga ber'aroma' yang tak menyenangkan..-

 Abu Hurairah R.A meriwayatkan maksudnya : Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya,maka dikira berzina.

  • Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang kafir atau musryik. - pakaian juga dikatakan lambang peribadi seseorang..-


MENGAPA WAJIB MENJAGA AURAT..??

Selain diwajibkan dalam syarak, ia juga menunjukkan harga diri sebenar dan menyelamatkan dirinya dari gangguan kaum lelaki yang tidak bermoral.
Wanita yang berpegang teguh dengan ajaran islam mendapat keredhaan Allah. Kaum lelaki akan memandang dengan rasa hormat dan member penghormatan yang tinggi sesuai dengan sifat wanita yang PEMALU DAN BERSOPAN SANTUN….


p/s: "sesuatu yg terjaga or tertutup rapi adalah di anggap bende yg berharga", seperti gula, kebiasaannya ia akan di kerumuni semut apabila kita simpan di sesuatu bekas (tak kira la penutup tu ketat or longgar), tapi jika gula tu terbiar di atas sesuatu bekas yg tiada penutup seperti talam, tak nak pula dia kerumun ramai-ramai kan, mungkin depa anggap dah tak de nilai kot..

Huzaifah Elfaruqi 14 Apr 2011